

Wabak COVID-19 telah menjejaskan kita semua tetapi haiwan juga telah menjadi mangsa. Amat menyedihkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 ini adalah anjing dan kucing yang ditinggalkan tidak mempunyai tempat perlindungan mahupun makanan. Selain itu, kes penderaan haiwan masih wujud. Oleh itu, haiwan tersebut perlu dilindungi.
Jannie berkata, semasa DUN bersidang Disember lalu, beliau telah bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengenai tindakan jangka pendek dan panjang terhadap kucing dan anjing yang ditinggalkan berkeliaran di sekitar pusat bandar dan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah menjalankan aktiviti TNR (Perangkap, Peneuteran dan Pelepasan) untuk haiwan tersebut.
“Jawapan yang saya terima ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menjalankan operasi menangkap kucing dan anjing yang ditinggalkan berkeliaran di jalanan dan operasi itu berdasarkan rutin dan aduan berjadual yang diterima daripada orang awam.
Atas kerjasama PBT dengan NGO untuk menjalankan aktiviti TNR, pihak berkuasa tempatan akan menyerahkan haiwan ditinggalkan yang telah mereka tangkap kepada NGO di daerah masing-masing.
“Di samping itu, untuk menampung peningkatan jumlah kucing dan anjing yang terbengkalai, Kementerian sedang merancang rangka kerja untuk menyediakan satu poun di daerah Penampang melalui kerjasama antara Majlis Daerah Penampang dan NGO” kata Jannie.
“Memandangkan ekonomi pada masa ini tidak stabil, saya menggesa kerajaan untuk turut memulakan program bersama NGO untuk memberi makanan kepada haiwan peliharaan di rumah bagi mereka yang tidak mampu. Tempat perlindungan sementara untuk haiwan yang ditinggalkan juga perlu dipertimbangkan.
Saya juga menggesa kerajaan untuk memulakan dana untuk aktiviti TNR yang berperikemanusiaan bagi menjaga kesejahteraan, dan mengawal populasi liar dan kehamilan haiwan yang tidak diingini, memandangkan peningkatan jumlah haiwan liar dan ditinggalkan di Sabah” kata Jannie
Belas kasihan dan penjagaan hak dan kebajikan haiwan yang tidak bersalah adalah penting untuk disemai dalam masyarakat kita.
Untuk memetik AD Wiliams “Haiwan tidak mempunyai suara, manusia mesti menjadi suara mereka. Pada akhirnya, hanya kebaikan yang penting”.